ヘルプ

<< Keow Wee Loong korea のページ検索結果にもどる

このページでは https://www.facebook.com/KeowPhotography/のキャッシュを表示しています。

キャッシュとは、提携する検索エンジンが、検索結果表示用の索引を作る際に各ページの内容を保存したものです。
→ キャッシュとは?
元のページは変更されている可能性があります。現在のページ内容はこちらから確認できます。

※HTMLバージョンとして表示する際、レイアウトが崩れたり、文字が読めなくなる場合があります。ご了承ください。

Yahoo! JAPANはページ内のコンテンツとの関連はありません。

Keow Wee Loong PhotographySwitch to the basic mobile site.
Log in

Keow Wee Loong Photography

15K followers
󱞋
3 following
Work contact : keow.wee.loong@gmail.com or call
+60149606069
󱙶
Follow

Details

󱛐

Page · Photographer

Keow Wee Loong Photography
󰟝
Retak Menanti Rebah.

Itulah keadaan rumah kampung Pak Zainal,
seorang kawan FB saya.

Masa saya jadi Timbalan Menteri Kewangan
tahun lepas, Pak Zainal ada hantaq DM kat saya
mintak tolong baiki bumbung rumah yang bocor
dan reput teruk menanti roboh.

Saya sebenarnya jarang baca DM. Nomor telepon
saya sudah letak kat FB supaya orang boleh
whatsapp teruih. Jadi saya tak sempat membalas
mesej Pak Zainal kat FB.

Pak Zainal bukan apa, rumah dah nak roboh, isteri
uzur, pendapatan dari kerja cucuk tanam RM1200
sebulan, dah merata dia mintak bantuan dari wakil
rakyat kawasan dia kat Pahang. Alasan sama
yang diberi - pembangkang tak dapat nak bantu.
Senang je dia tolak orang susah yang nak minta
tolong.

Takpa, Steven sudah baca mesej Pak Zainal, saya
akan bantu.

Pak Zainal kata dia macam tak percaya bila saya
muncul depan pintu rumah. Tak sangka menteri
boleh datang berkunjung ke rumah kampung
sedangkan wakil rakyat kawasan dia nak minta
tolong pun kena tolak.

Oleh sebab Pak Zainal duk kat Pahang, saya tak
leh nak guna peruntukan kawasan, sebab di luar
Bukit Mertajam.

Mau tak mau, saya kena guna duit poket sendiri.
Takkan nak biarkan Pak Zainal yang dah tua dan
isterinya yang uzur sambut Ramadan dalam
keadaan daif dan bahaya bumbung rumah boleh
roboh bila-bila masa.

Bila check kat kontraktor kampung depa kata
RM15,000 nak repair bumbung. Ok Steven akan
bantu bayar RM15,000, janji "mahligai" Pak Zainal
lebih selesa dan selamat.

Apabila rakan saya Timbalan Menteri Kesuma
Dato
Abdul Rahman Bin Mohamad dapat tau
tentang kes ini, dia bagitau dia nak kongsi kos
dengan saya. Sebab dia orang Pahang, walaupun
tempat tu pembangkang tapi dia kata, nak bantu
orang tak perlu tengok politik. Saya amat terharu.
Inilah semangat Madani Team Kesuma.

Satu lagi, anak Pak Zainal dah setahun
mengganggur. Bukan dia tak cuba, dah macam-
macam syarikat dia pohon, tapi rezeki belum ada.

Saya minta dia daftar kat Myfuturejobs PERKESO.
Masuk nama tak sampai sehari dua, dah 23
syarikat datang melamar. La ni dia pula jadi
pening tak tau nak pilih kerja yang mana satu.

PERKESO siap bantu bagi khidmat nasihat tentang
temuduga dan sebagainya.

PMX Anwar Ibrahim selalu berpesan: amanah jadi
kerajaan ialah untuk bantu rakyat yang susah,
berdiri bersama pekerja, memberi keadilan kepada
orang yang tertindas. Mungkin benda ini tak
popular. Ada yang lebih suka guna kaum dan
agama sebab senang nak pancing undi. Tapi
Madani maksudnya rakyat yang miskin tak kira
kaum dan agama diberi pembelaan. Saya akan
terus berusaha.

Semoga Pak Zainal sekeluarga akan lebih selesa
menyambut Ramadan mubarak 🙏.
May be an image of 2 people and text
May be an image of 2 people, henna and dais
May be an image of 2 people and text
May be an image of 3 people and text
Nal Saffar and 3 others
Keow Wee Loong Photography
󰟝
Fahmi Fadzil
Feb 25󰞋󱟠
𝗗𝘂𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗜𝗻𝘀𝗮𝗻

Minggu lalu, ketika saya dalam satu mesyuarat
yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri
Anwar
Ibrahim
, staf saya telah memaklumkan bahawa
terdapat seorang staf Kementerian Komunikasi
yang terpaksa kembali ke tanah air kerana
bertarung dengan kesakitan ketika menunaikan
Umrah. Adda salah seorang pegawai di Bahagian
Infrastruktur dan Aplikasi disahkan menghidap
penyakit barah pada tahap 4 dan kini
mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Selesai mesyuarat, saya bergegas ke Hospital
Serdang untuk melawat dan melihat sendiri
keadaan beliau. Saya tahu, walaupun hatinya
sedih dan gusar dengan keadaan yang
menimpanya, dia sembunyikan perasaan itu dan
sentiasa tersenyum sambil bercerita tentang kisah
hidupnya.

Adda adalah “happy pill” kepada rakan-rakan
sekerja, malah bos beliau juga kata Adda seorang
yang sangat rajin, komited, dan biasanya orang
yang pertama sampai dan yang terakhir balik.

Bulan lepas semasa dalam perjalanan ke Tanah
Suci Mekah, dia rasa teramat sakit di dada. Namun
dia teruskan juga perjalanan demi menunaikan
ibadah kepada Allah, sambil memohon doa agar
kesakitan itu hilang sepenuhnya. Sedang dia
beribadah, tiba-tiba berlaku pendarahan tanpa
henti pada bahagian payudara. Selesai ibadah
umrah, Adda segera pulang ke Malaysia kerana
khuatir akan keadaan kesihatannya di sana.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik
Perancang.” - Ayat 54, Surah Ali-Imran

Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor
mengesahkan Adda sebenarnya menghidap
kanser payudara tahap 4. Dia tergamam, terkejut,
lidah kelu tak terkata apa-apa. Hanya mampu
berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Setelah berbual panjang, Adda menitiskan air mata
dan berbisik, “saya masih single, umur baru 34
dan belum bertemu jodoh.” Beliau menyimpan
harapan untuk terus sihat dan dapat mengecapi
segala yang dia impikan. Adda berharap semua
wanita di Malaysia ambil iktibar dan mempunyai
kesedaran untuk membuat pemeriksaan supaya
dapat mengenal pasti sebarang tanda penyakit
berbahaya seperti kanser payudara lebih awal.

Saya ambil kesempatan juga untuk memberikan
sedikit bantuan kewangan bagi meringankan
beban Adda dan keluarga untuk menampung
beberapa kos yang perlu ditanggung.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, jom kita
bantu Adda dengan kongsikan kisah ini atau
menderma melalui akaun berikut:

RHB Bank
15129000051263
Rabiatul Adawiyah Abd Jalil
May be an image of 2 people, dais, hospital and text
Roslan Mihalis and Fahmi Fadzil
Keow Wee Loong Photography
󰟝
Fahmi Fadzil
Feb 11󰞋󱟠
𝙋𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙆𝙚𝙙𝙪𝙖

Ross Ariffin, seorang komposer terkenal yang
suatu ketika dahulu pernah berada di persada
industri muzik tanah air dengan lagu ciptaan
beliau dinyanyikan oleh artis popular seperti Datuk
Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jacklyn Victor dan
Fauziah Latiff. Namun, hidup ini ibarat roda,
kadang kita diuji dengan cabaran yang tidak
pernah kita fikirkan.

Saya terbaca mengenai kisah Ross Ariffin menjadi
gelandangan di Media Sosial dan saya terpanggil
untuk mengenali beliau dengan lebih dekat untuk
cuba membantu. Setelah kami bertemu, Ross
menceritakan kisah sedih beliau makan di jalanan,
kadang-kadang menjamah sisa-sisa makanan
yang ditinggalkan di atas meja. Kadangkala tiada
langsung makanan seharian sampai ke malam.

Dengan nada percakapan yang tersekat-sekat
akibat pernah mengalami serangan strok
sebanyak dua kali, tangan Ross juga pernah patah
dan masih tak sembuh. Kesengsaraan beliau
sebagai gelandangan hingga ke tahap jatuh
menggigil dan pengsan akibat berada di tengah
hujan terlalu lama. Beliau sendiri menjangkakan
hayatnya akan berakhir di situ. Namun, Allah SWT
juga yang merencanakan segalanya.

Keesokan hari beliau terjaga, bangun dalam
keadaan yang sangat lemah dan kesunyian di
hospital. Beliau berada di hospital sehingga Datuk
Zainal menerima berita bahawa dia sedang
terlantar di hospital. Datuk Zainal menghubungi
Exco Kebudayaan Negeri Melaka, YB
Abdul Razak
Abdul Rahman
dan meminta bantuan tempat
perlindungan sementara. Ross akhirnya tidak perlu
di jalanan lagi dan ditempatkan di tempat tinggal
sementara. Terima kasih Kerajaan Melaka atas
keprihatinan.

Sedih dengan keadaan beliau, saya dan pasukan
berusaha menjejak Ross. Kami menghubungi
Datuk Zainal dan beliau setuju untuk adakan
pertemuan di Melaka. Alhamdulillah, akhirnya
dapat juga saya bertemu dengan Ross.

Semasa bertemu, kami berbicara hati ke hati. Saya
tersentuh dengan segala pengalaman pahit dan
kesukaran yang beliau lalui. Namun, Ross masih
punyai tekad dan iltizam yang kuat untuk kembali
berkarya kerana minat yang cukup mendalam.
Saya dengar dengan teliti kata-kata beliau dan
memberi semangat supaya tidak menyerah kalah
dan terus berkarya kerana Ross punyai bakat yang
sangat unik dan berupaya untuk kembali menjadi
sebahagian daripada keluarga besar industri
hiburan negara. Saya anggap ini adalah
sebahagian daripada tanggungjawab saya untuk
membantu penggiat seni di negara kita.

Saya dengan pasukan meneliti beberapa perkara
dan cuba membantu sebaiknya untuk beliau
kembali berkarya.

Saya mohon pertimbangan daripada YB Dr Zaliha
Mustafa
, Menteri Wilayah untuk mengenal pasti
sebuah unit PPR dan juga cuba dapatkan bantuan
asas untuk keperluan rumah beliau. Semasa
melangkah masuk rumah PPR baharu, Ross
macam tak percaya dia akhirnya mempunyai
sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas 3
tahun menjadi gelandangan.

Saya juga berbincang dengan pihak RTM supaya
Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu
baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit
semula. Kami bertemu Pengarah Muzik, Dato'
Mokhzani untuk merancang penerbitan lagu
baharu yang boleh beliau gubah. Ross nampak
begitu bersemangat untuk kembali berkarya.

Buat pertama kali selepas 3 tahun menjadi
gelandangan, Ross berpeluang untuk duduk di
depan sebuah Grand Piano dan jari-jemarinya
terus lincah meneroka papan kekunci. Saya sendiri
berasa terharu melihat seorang komposer legenda
melepaskan rindu bermain alat muzik.

Selagi mana saya berperanan sebagai Menteri dan
Kerajaan Madani masih mentadbir, percayalah
bahawa kami akan berusaha sedaya upaya buat
para seniman.

Uncle Ross sedang mencari sebuah keyboard
baharu dan sedikit wang tambahan untuk dia
mulakan kembali kehidupan. Jom pakat ramai-
ramai berikan angpow kepada Ross agar sama-
sama meringankan beban, supaya beliau boleh
terus berikan sentuhan magis kepada industri
muzik tanah air. Boleh derma di sini:

Roslan Ariffin Bin Jamil
Akaun BSN: 0410041100013234
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
Keow Wee Loong Photography and 2 others
Keow Wee Loong Photography
Nov 20, 2023󰞋󱟠
󰟝
Chiew Choon Man 赵俊文
Nov 19, 2023󰞋󱟠
Kangkung Tepi Longkang 🥬

Sedang saya memandu kereta, saya ternampak
ada seorang wanita yang kelihatan macam
kehilangan sesuatu di semak. Mundar-mandir dia
di situ. Saya berhenti dan tanya sama ada dia
perlukan bantuan. Dia cakap jangan risau, dia
hanya mengutip kangkung dan daun ubi untuk
makan malam keluarga. 😨

Lepas dengar macam tu, saya duduk dan berbual
panjang dengannya. Wanita Dayak tersebut
dikenali sebagai Kak Aini. Kak Aini beritahu
bahawa suaminya menghidap penyakit Parkinson
kronik sehingga tak boleh bekerja. Kak Aini pula
hanya bekerja sebagai tukang cuci sementara
dengan bayaran RM20 sehari.

Kak Aini ada seorang anak lelaki, memang cerdik,
cita-cita nak jadi mechanical engineer. Tapi yang
sedihnya, dia terpaksa berhenti sekolah masa
Tingkatan 4 semata-mata untuk meringankan
beban keluarga. 😔

Saya terkejut. Walaupun negara kita kaya dengan
hasil bumi tetapi masih terdapat lagi rakyat miskin
tegar yang hidup serba kekurangan.

Kak Aini umur dah 50an tapi masih sangat rajin
bekerja. Walaupun hidup susah tapi tak pernah
minta sedekah. Sebolehnya dia nak juga bekerja
demi menyara keluarga.

Jadi saya tanya, Kak Aini pandai buat apa, dia
kata goreng pisang dan ais kacang. 🍌🍧 Cantik!
Saya terus bawa dia berjumpa dengan Kak Wati,
wanita yang saya bantu buka gerai nasi lemak
beberapa minggu lepas. Ingat lagi?

Kali ni saya bagi cadangan, apa kata kalau
mereka meniaga bersama-sama, seorang jual nasi
lemak, seorang lagi jual goreng pisang dan ais
kacang demi menyara keluarga masing-masing.
🤝🏽

Kak Wati tak ada banyak cerita, terus cakap 'yes'
tanda setuju! Dia kata kalau saya tak bantu dia
hari tu, dia tak akan dapat nak letak makanan di
atas meja untuk keluarga. Jadi kali ni giliran dia
pula untuk bantu Kak Aini sebab dia percaya,
kalau kita mudahkan urusan orang, Tuhan juga
akan mudahkan urusan kita nanti. 😇

Jadi saya dan Kak Wati keluarkan RM500 setiap
seorang untuk mesin ais kacang dan beli
peralatan meniaga Kak Aini. Lepas tu saya
hulurkan lagi RM2,000 untuk dia maintain aliran
tunai.

Sebelum Kak Aini keluar rumah, dia berikan satu
ciuman di dahi suaminya tanda cinta yang masih
kuat, macam pasangan baru berkahwin. Memang
sweet. ❤

Syukur, hari pertama berniaga Kak Aini dapat buat
kira-kira RM216! 🎉

Ini baru betul semangat Sarawak. Kita semua
membantu sesama sendiri dan saling
menghulurkan tangan tanpa mengira bangsa dan
agama, selari dengan prinsip Malaysia Madani.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
Keow Wee Loong Photography and 3 others
Keow Wee Loong Photography
Oct 30, 2023󰞋󱟠
󰟝
Chiew Choon Man 赵俊文
Oct 29, 2023󰞋󱟠
Sup tulang dan bawang. 🧅

Hari tu saya berjumpa dengan Kak Wati, seorang
ibu dengan 7 orang anak dan seorang suami OKU
mental. Hidup Kak Wati ni susah sangat,
pendapatan sehari dia RM20 je. Setiap bulan dia
gunakan wang JKM suaminya untuk bayar sewa
rumah sekitar RM400.

Sekarang ni bekalan beras kat rumah dah habis
sejak minggu lepas. Suaminya tak sihat, anak pula
dia nak kena jaga, jadi dia tak dapat nak bekerja.

Bila nak makan, dia pergi ke restoran untuk
meminta tulang ayam dan kembali ke rumah
untuk membuat sup tulang, dengan sekadar
menambah bawang dan sikit garam sahaja.

Waktu malam pula dia terpaksa pergi ke kawasan
belakang Imperial Mall untuk meminta saki-baki
makanan bila mall dah tutup. Kalau nasib dia baik,
dapatlah dia bagi anak-anak makan daging. 😔

Kak Wati cakap, dia selalu tanya, "Apa salah
saya?". Dia sampai terfikir nak meninggalkan
dunia ini sebab terlalu menderita. Sekurang-
kurangnya penderitaan dia akan berakhir. 😭

Saya menitiskan air mata lepas dengar cerita Kak
Wati. Saya mesti kena bantu dia.

Masalah ni tak akan selesai kalau saya sekadar
hulur sumbangan wang tunai. Kaedah bantuan
konservatif macam ni memang langsung tak
membantu, sebab Kak Wati akan susah semula
lepas duit habis nanti. So saya plan nak bagi dia
joran, supaya dia boleh "tangkap" hasil setiap hari.
🎣

Saya tanya dia satu soalan mudah, "Apa yang Kak
Wati pandai buat?". Dia jawab, "Masak nasi
lemak".

Cantik! Saya terus bawa dia keluar untuk dapatkan
bekalan nasi lemak selama 2 bulan dan spend
hampir RM6,000 termasuk semua peralatan
masak, periuk nasi, peti sejuk dan macam-macam
lagi. Lepas tu saya hulurkan lagi wang tunai
tambahan RM2,000.

Dia kata, "YB tak apa ke ni?". Saya kata jangan
risau, apa yang penting sekarang ialah fokus pada
perniagaan, benda lain boleh dibincang kemudian.
Saya akan support perniagaan dia kerana gagal
bukan lagi pilihan. 🤝🏽

Kak Wati bangun seawal jam 5 pagi esoknya
untuk menyediakan nasi lemak dan memasak
sambal. Lepas beberapa jam membuka gerai, nasi
lemak Kak Wati habis dijual dan dia berjaya
membuat RM250! Dia kata kat saya dia tak pernah
buat duit sebanyak ni dalam masa sehari. 🥹

Inilah perpaduan Madani yang kita harus
kekalkan. Tak kira Iban, Cina, Melayu atau kaum
apa sekali pun, saya akan menjaga semua orang
macam ahli keluarga saya sendiri. Tiada siapa
yang saya akan abaikan. 💪🏽

Gerainya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Sg.
Baong
https://maps.google.
com/?q=4.406773,113.993637
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
Fong Kimn Peng and 2 others
Keow Wee Loong Photography
Jan 24, 2023󰞋󱟠
󰟝
Nurul Izzah Anwar
Jan 24, 2023󰞋󱟠
No photo description available.
Hans Abit and 5 others
Keow Wee Loong Photography
Jan 23, 2023󰞋󱟠
󰟝
Keow Wee Loong
Jan 23, 2023󰞋󱟠
No photo description available.
June Tan S L and 47 others
Keow Wee Loong Photography
Jan 23, 2023󰞋󱟠
󰟝
CHANNELNEWSASIA.COM
‘I can live with it’: Malaysian who claims to be first to
scale Merdeka 118 tower brushes off criticism
Recent footage of daredevils at the top of the unfini...
Mark Juki
Keow Wee Loong Photography
Jan 22, 2023󰞋󱟠
󰟝
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
Yulham J Aam Aampoyo and 7 others
Keow Wee Loong Photography
Nov 19, 2022󰞋󱟠
󰟝
4am after,GE 15, Anwar Ibrahim declare that Harapan
have more than 112 seat...my view would be harapan
/BN/borneo coalition gov?. The one thing I've learned
about election after 2018 is you will never be able to
predict the outcome of the result..it was a calm and
silent GE 15 but it became a giant killer GE with
mahathir, maszlee, nurul izzah, khairy, mukriz, ku li, rina
harun, azmin Ali, saifuddin and peja all lost in this
battle. Nobody could predict anything at this point but
pure shock.

There is nothing as friend forever or enemy forever in
politics... Whatever happen in the next 2 days will be
interesting.

I am truly sorry to Nurul Izzah Anwar that I can't do
much to assist her..

#ge15
No photo description available.
Rashid Ibrahim and 33 others
Keow Wee Loong Photography
Apr 2, 2022󰞋󱟠
󰟝
CHINAPRESS.COM.MY
大马玩命摄影师再有搞作 这次攀上118大楼!|中國報
(吉隆坡2日讯)大马玩命摄影师姜伟龙(Keow We...
Pah Pin Shang and 2 others
Keow Wee Loong Photography
Apr 1, 2022󰞋󱟠
󰟝
Keow Wee Loong
Apr 1, 2022󰞋󱟠
No photo description available.
Najib Syahmi and 35 others
Keow Wee Loong Photography
Dec 26, 2021󰞋󱟠
󰟝
Nurul Izzah Anwar
Dec 26, 2021󰞋󱟠
No photo description available.
Tracy Cly and 2 others
Keow Wee Loong Photography
Dec 26, 2021󰞋󱟠
󰟝
Hee Loy Sian 许来贤
Dec 26, 2021󰞋󱟠
Tranformasi 6 jam

Diduga dengan pemergian arwah suami tercinta
beberapa bulan yang lalu disebabkan COVID-19,
ditimpa pula dengan banjir. Dugaan demi dugaan
diharungi beliau. Itulah beliau, Puan sarah atau
lebih mesra kami panggil "Nenek Sarah".

Sayu hati melihat keadaan mangsa banjir yang
berlaku di beberapa tempat. Turut terjejas juga di
kawasan bawah jagaan saya iaitu Dun Kajang.
Dalam meneliti kawasan yang memerlukan
bantuan segera, YB
Nurul Izzah Anwar telah
memaklumkan saya tentang beliau dan di situlah
pertemuan saya bersama Nek Sarah.

Tak terbayang perasaan ini, melihat nenek yang
seusia emak saya terperangkap hampir 6 jam di
dalam banjir. Kata Nek Sarah - "6 jam nenek
terperangkap nak, bila paras air naik hingga paras
kepala, nenek ni kecik je, nenek hampir rasa tak
mampu lagi untuk bertahan lama sebab hampir
lemas..sejuk nak, nenek ni dah tua, mujurlah ada
jiran selamatkan nenek" — dalam nada sebak nek
sarah berkata.

Setelah diselamatkan oleh jiran-jiran tertangga
yang terdekat, 2 hari kemudian nek sarah datang
semula ke rumahnya. Nek Sarah meluahkan rasa
sedih, kecewa dan terkilan.

"Nak rumah ni dah tak macam dulu nak, rumah ni
dah tak sama mcm dulu, anak-anak ajak nenek
duduk dengan mereka pun nenek tak mahu sebab
rumah ni banyak kenangan... tapi bila akhirnya
macam ni, nenek sedih nak" Tak tertahan airmata,
mendengar dan melihat keadaan sebegini depan
mata, terbayang jika perkara begini jadi pada
keluarga sendiri.

Nek Sarah juga meluahkan rasa rindu terhadap
suaminya, "Nenek tak nak keluar dari rumah ni,
sebab nenek rindu dengan arwah suami nenek,
nenek kadang-kadang rasa yang dia akan balik
semula tengok nenek," — itulah luahan rasa rindu
seorang isteri terhadap arwah suaminya 🙂

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
" Oleh itu, kami sebagai Wakil Rakyat daripada
KEADILAN, Iaitu saya, YB Nurul Izzah dan YB Sim
Tze Tzin 沈志勤
dengan berbesar hati ingin
membantu Nek Sarah dalam pembersihan rumah,
dan menyumbangkan keperluan asas yang perlu
buat beliau.

Sementara saya menyusun pasukan untuk
memulakan pembersihan, YB Nurul Izzah dan YB
Sim Tze membeli barang keperluan dapur dan
saya juga telah mula membeli peralatan untuk
membersih yang akan digunakan.

Begitu juga dengan YB Sim Tze, yang sepantas
kilat sampai ke rumah nek sarah untuk
memulakan pembersihan bersama pasukan yang
dibawa dan sumbangan yang telah diberikan.

YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 yang sedang
sakit juga turut menghulurkan bantuan, beliau
ingin sekali turut serta kami dalam misi bersih
rumah Nek Sarah ni tau! tapi keadaan beliau yang
baru sahaja lepas operasi, kami sarankan beliau
rehat di rumah sahaja. Oleh itu, YB Steven telah
menyumbangkan mesin basuh baju baru kepada
Nek Sarah!

Oh ya, turut menghulurkan bantuan juga YB
Shamsul Iskandar Mohd Akin . Beliau telah
memanggil beberapa orang yang mahir dalam
pembaiki wiring rumah yang rosak akibat terkena
air. dan YB Fahmi Fadzil dan YB Lee Khai Loon
李凯伦
memberikan donasi kawangan untuk
transformasi kali ini

Tak dapat saya nafikan, tanpa bantuan rakan-
rakan semua ini tak akan menjadi kalau hanya
saya seorang. Ok, saya lanjutkan ya setelah
semua barang peralatan lengkap dibeli... 😁

Sesudah beli sahaja barang peralatan
pembersihan, dan pasukan saya dan yb sim juga
telah sampai untuk memulakan pembersihan..
Tiba-tiba nek sarah menangis hiba, kerana tak
sangka ada yang sudi membantunya. 😔

Kata nek Sarah "sungguhpun, rumah ini tak
macam dulu lagi, tapi nenek bersyukur awak
semua sudi datang tolong nenek bersihkan rumah
ni" - Keadaan pun menjadi hiba seketika bila
melihat nek sarah mula menitiskan airmata, Tak
orang, tak kita.. sesiapa pun di tempat beliau pasti
akan merasa sedih tak terkata.

Sesudah aktiviti pembersihan rumah nek sarah
dilakukan, YB Nurul Izzah berhasrat untuk
membelikan nek sarah perabot baru untuk rumah
beliau.

Sedang YB Izzah kita sibuk memilih perabot,
biasalah orang perempuan kalau membeli kan 😆
Saya terlelap sebentar di sofa kedai perabot
tersebut, agak letih kerana berjaga dari pukul 6
pagi untuk pengagihan makanan kepada mangsa
banjir di kawasan saya Dun Kajang dan beberapa
mesyuarat.

Namun, semua itu tak menjadikan alasan untuk
tidak membantu mangsa banjir dan nek sarah
juga. Penat kita, penat lagi mangsa yang
menanggungnya. Sudah menjadi tugas kami
sebagai wakil rakyat untuk membantu.

6 jam terperangkap dalam banjir digantikan
dengan 6 jam pembaharuan! 🥰 dalam masa
tidak sampai setengah hari, semua aktiviti
pembersihan rumah, ganti perabot dan membaiki
"wiring rumah" yang rosak akibat terkena air dapat
disiapkan. Sungguhpun, tidak dapat sama seperti
sedia kala, tapi kami berharap agar bantuan ini
dapat membantu nek sarah memulakan semula
hidupnya.

Akan tetapi semua ini, tidak dapat dilaksanakan
tanpa bantuan orang awam yang membantu
tanpa mengira bangsa melayu, cina dan india
dalam menyelamatkan mangsa banjir. Kerana
satu hati mereka semua lah, setiap permasalahan
ketika banjir dapat diselesaikan! Itulah juga, salah
satu sifat murni masyarakat kita yang tak dapat di
jual beli 🥰

Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang
prihatin dan murah hati dalam menyumbangkan
bantuan. Tidak kira dalam bentuk kewangan,
barangan ataupun tenaga kerja. Siang malam,
semua sukarelawan bertukus lumus dalam
membantu misi banjir ini.

Kami sendiri sebagai wakil rakyat salute dan
respect lah tengok usaha rakyat! Kerana
semuanya bersungguh-sungguh tanpa
mengharapkan apa-apa balasan pun 😭
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
+8
Agnes Tan and 3 others
Keow Wee Loong Photography
Apr 10, 2021󰞋󱟠
󰟝
No photo description available.
Yusuff Latif and 29 others
Keow Wee Loong Photography
Apr 4, 2021󰞋󱟠
󰟝
Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting
dengan Sdr. Lim Guan Eng, tapi last minute, saya
terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam
kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak
mampu bayar sewa.

Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka
sudahpun pack dan duduk di luar rumah buntu
sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil
hanya berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah
menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih
seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak
didahulukan.

Saya bagitau Puan Ros, saya akan pastikan
sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka
akan ada bumbung atas kepala.

Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan
kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-
barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan.
Cashier pun terkejut ingat kami borong untuk
niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan
sehingga hujung Syawal.

Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang
mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti
tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap kali
nampak kedai barang mainan mesti minta nak
masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan
kegemaran mereka.

Kebetulan di luar Tesco ada bazaar jual baju raya.
Dah sampai kat situ, takkan tak beli. So, seorang
sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk
dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah
beli baju raya. Saya bagitau anak-anak, kali ini kita
mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua
pakat pilih baju untuk ibu. 🥰

Kakak yang sekolah menengah, saya belikan
tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan
pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah
macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu
mengubah nasib kita.

Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak
order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka.
Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan
mekdi jadi tak tahu nak order apa. Ok, takpa,
pakcik tolong orderkan. Setiap seorang satu set
Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.

Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya
sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang,
saya akan tanggung sampai dia dapat rumah
kerajaan nanti.

Lepas hampir setengah hari, kami semua pun
letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada
rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah
penuh (sampai satu rak pecah 😅 sebab terlalu
berat). Ibu minta satu saja, blender nak masak
untuk anak-anak. Terlupa beli kat Tesco, jadi saya
pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama
Khind. Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu
manis sekali. Saya dah janji ini hari gembira buat
Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya
dapat berkongsi kegembiraan itu.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
+8
Yusuff Latif and 32 others
Keow Wee Loong Photography
Jan 20, 2021󰞋󱟠
󰟝
Photo by Keow Wee Loong Photography

behind the scene of a politicians life during the
lockdown
Lee Khai Loon 李凯伦
Jan 20, 2021󰞋󱟠
No photo description available.
WHATSAPP
Lee Khai Loon 李凯伦
Politician
󰟬
WHATSAPP
Foong Peng and 231 others
Keow Wee Loong Photography
Keow Wee Loong Photography updated
his cover photo.
Jan 16, 2021󰞋󱟠
󰟝
No photo description available.
Zhuzhy N Nur Winardy and 9 others
Keow Wee Loong Photography
Jan 16, 2021󰞋󱟠
󰟝
Lee Khai Loon 李凯伦
Jan 16, 2021󰞋󱟠
(Masa untuk berkhidmat)
Walaupun pada hari Ahad, Ketua Menteri
Chow
Kon Yeow 曹觀友
dan saya tetap sedia berkhidmat
untuk rakyat Pulau Pinang. Kami mengangkat
kotak yang mengandungi 10,000 pelitup muka
untuk diedarkan dalam tempoh PKP 2.0.

Keadaan pandemik Covid19 di Pulau Pinang amat
membimbangkan. Kami menyeru seluruh rakyat
agar sentiasa mematuhi SOP serta duduk di rumah
sekiranya tiada urusan penting di luar.

Photo by Keow Wee Loong
No photo description available.
No photo description available.
Yusuff Latif and 15 others
Keow Wee Loong Photography
Oct 7, 2020󰞋󱟠
󰟝
THESTAR.COM.MY
Caring M’sians the remedy
PETALING JAYA: A man who walked from Kuala Lu...
Azza Ismail and 14 others
More content